Sifat Sahabat Yang Dipilih..
>> Sunday
Dalam perkara persahabatan ini, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali memberikan fatwa sebagai berikut:
"Apabila anda bermaksud memperolehi sahabat yang baik, hendaklah anda memilih orang yang memiliki lima sifat yang kami kemukakan di bawah ini iaitu:
- Berakal, maksudnya baik cara berfikirnya atau adil dan jujur dalam mempertimbangkan sesuatu perkara atau persoalan.
- Memiliki akhlak atau budi pekerti yang mulia.
- Tidak haloba atau tamak terhadap harta dunia.
- Baik dalam setiap perkara, iaitu amal perbuatannya, percakapannya, cara berpakaian, cara bergaul serta bersenda gurau dan lain-lain sebagainya.
- Bukan seorang pendusta.
0 comments:
Post a Comment