Showing posts with label CurHat. Show all posts
Showing posts with label CurHat. Show all posts

AKU DAN CINTA

>> Saturday

  Ia datang lagi
Menghiasi hari-hariku
Mendamaikan hatiku
Setelah aku dilukai
Kenapa CINTA  kau selalu hadir terlalu singkat?
Belum puas aku merasai hangatnya CINTA
CINTA kau pergi 
Kenapa harus kau pergi CINTA

Kini aku sedar
Semuanya bermula dariku sendiri
Aku mencari sebab kepergianmu CINTA
Kau tahu CINTA?

CINTA

Rupa2nya aku sendiri yang melepaskan kau pergi
Tanpa sedarku CINTA
Maafkanku menyalahkanmu CINTA
Aku masih belum dapat menerima hakikat ini
Maafkan aku
Kenapa sukar untuk aku menggenggammu CINTA??
Dan membiarkan diri ini terus larut dalam belaianmu
Kesaktianmu itu membuat aku terjaga dari lena yang panjang

CINTA
Kau tahu
Aku sakit bila kau tiada
Aku rindu untuk bersamamu selamanya
Tapi kadang2 diri ini mudah lupa padamu CINTA
Aku curang padamu
Maafkan aku

CINTA
Izinkan aku meminta kau datang kembali di sisiku
Untuk terus bersamaku
Dalam keterbatasan diri
Kekurangan yang memenuhi diri
Ku  mohon CINTA
Tolong jangan pernah pergi lagi
Sentiasalah bersama2ku
Tunjukkan kesaktianmu itu
Tatkala aku lupa dan alpa
Sedarkan aku jika aku terlena 

CINTA
Aku sentiasa berdoa
Semoga kita terus bersatu untuk selamanya

Ya Allah
Jangan biarkan diri ini larut dalam cinta yang lain selain dari CINTAMU
Jangan biarkan aku mencintai sesuatu melebihi CINTA kepadaMu
Ameen

Read more...

Secebis Kenangan Itu (>_<)

>> Friday

Kenangan lalu mengusik layar ingatanku kembali
Aku tidak tahu ungkapan apa yang harus aku ungkapkan
Terluka.. Sedih.. Geram.. Marah.. Kecewa.. Terkilan..
Semuanya menjadi satu
Maafkan diriku atas semua yang berlaku
Keadaan dulu membiarkan aku dalam dilema
Mencari dan membuat satu keputusan
 Hatiku dan jiwaku kosong


'Hal' itu benar-benar menyedarkanku
Atau adakah aku mudah terpengaruh??
Tidak!! Aku ikhlas menerima semua itu
Kerana itu yang aku mahukan dalam hidupku
Mencari kasih yang pasti untukku
Tapi adakah mereka akan faham keadaan diriku ketika itu??
Tidak.. Mereka tidak faham
Buktinya mereka membenciku
Salahku kerana tidak memberitahu kenapa ia berlaku
Aku tidak mampu menceritakan keadaan sebenarnya
Adakah mereka akan mengatakan fikiranku kolot?
Sekiranya tahu punca aku meminta perpisahan itu
Dan kerana tidak pandai membuat keputusan

 Ya Allah
Kekuatan apa yang ada pada diriku ketika itu
Sehingga aku tenang menghadapi keadaan itu
Sedangkan dia.... Dan yang lainnya
Maafkan diri ini atas apa yang terjadi
Ku rasa ini jalanku.. Pilihanku
Ku terima semua kata-kata yang menyakitkan itu
Biar mereka semua membuat telahan sendiri
  Kerana mereka berhak
 Aku masih berdiri dan sentiasa menjadi diriku
Terima kasih kepada sahabat yang memahami dan menyokongku
  
Ya Allah
Ku mohon padaMu
Berikan aku kekuatan dan kesabaran
Menjalani hidupku di bumi yang sementara ini
Lindungiku dari segala maksiat dan fitnah dunia
Berkati dan redhailah perjalanan ku ini
Sehingga tiba masaku bertemu denganMu

Read more...

Luahan Dari Hati (^_^)

>> Monday

Waktu ini..
Ku melihat dan menilai diriku
Adakah aku masih seperti yang dulu
Atau aku telah hanyut dibawa arus ciptaanku sendiri
Aku ingin sekali melangkah
Tapi aku takut langkahku ini....
Adakah kerana aku tidak yakin
Atau adakah aku takut menghadapinya
Jatuh aku, kerana diriku sendiri
Bangun aku, kerana Dia..
Dapatkah aku melangkah sedamainya?
Sedangkan hatiku mudah rapuh
 

Inginku cari damai di hati
Sebuah ketenangan yang tak terungkap
Sebuah tempat persinggahan agung yang penuh kesederhanaan
Agar langkahku maju dan terus maju
Adanya batu kecil dan besar yang menghalang
Ku pasti ada pertolongan dariNya
Kerana ku yakin pada janjiNya
Sebuah kesabaran itu tidak ternilai harganya
Dan kerana itulah juga yang mendorongku
Untuk terus melangkah..


Read more...

Kanvas Hati Ini (>_<)

>> Thursday

Saat ku teringat kembali pada waktu itu
Aku merasakan dunia aku begitu sempit
Kenapa mesti ini terjadi Sahabat??
Engkau yang ku kenal baik di hadapanku
Tetapi sebaliknya apabila di belakangku
Kenapa Sahabat??
Air mata yang mengalir ini buktinya
Bukti yang aku amat terkilan dengan sikapmu
Layakkah engkau ku panggil Sahabat
Setelah apa yang kau lakukan padaku
Aku sedar siapa diriku untuk tidak memaafkanmu, Sahabat
Sedangkan Allah mengampunkan dosa2 hamba2Nya
Inikan aku yang hanya insan kerdil
Yang juga melakukan kesalahan
Kemaafan ini sentiasa buatmu Sahabat
Kerana bagiku tiada dendam antara kita
Engkau memberi aku luka ini
Dan biarlah aku ubatinya sendiri
Semoga benteng ketabahanku ini masih kukuh
Sahabat
Terima kasih ku ucapkan atas segalanya



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabah kan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Keserahkan segala pada Mu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai luka telah ku temui
Menagih segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungi lah aku
Bekalkan lah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Read more...

Laut

>> Tuesday

Laut
Jangan pernah penat untuk mengirimkan ombak ke pantai
Kerna aku selalu ingin meluahkan rasa ku padanya
Supaya ia bisa membawa luahan rasa ku itu pergi dari diriku
Walaupun hanya seketika cuma
Aku sentiasa menanti pasti di tepian pantai
Mengharap ia datang mengambil luahan rasa ku
Dan membawa ia pergi jauh dariku

 
Ombak
Jangan pernah penat untuk singgah di tepian pantai
Kerna hempasanmu di tepian pantai itu
Bisa membuat hatiku tenang dan damai
Kerna mu aku menangis
Kerna mu jua aku ketawa
Meluahkan apa yang terbuku di hatiku
Angkara sikap manusia2 itu




PadaMu Ya Allah
Ku mohon
Berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini
Kuatkan iman ku agar aku mampu bertahan
Terus berdiri yakin di bumi-Mu ini
Sesungguhnya aku mengharapkan keredhaanMu, Ya Allah
Berkatilah perjalanan hidupku di muka bumi ini
Amin

Read more...

Bla..Bla..Bla..

>> Thursday

Susahnya nak puaskan hati orang.. Bila nak puaskan hati orang, hati sendiri pulak yg t'guris.. Hmmm.. Susahnya.. Kadang2 memang t'fikir, kenapa kita mesti amik peduli sangat dgn kata2 orang tentang kita.. Kadang2 sensitif gak.. Apa nak buat.. Terima aje la.. Kita manusia biasa yg tak lepas dari dugaan macam ni.. Apa yg penting yg perlu selalu kita ingat : Manusia menilai kita dari luaran m'ikut perspektif mereka sendiri daripada melihat apa yg kita lakukan.. Tp yg paling penting, ALLAH lah yg menilai dalaman kita.. Hati kita.. Niat kita.. Ikhlas kita dalam melakukan sesuatu p'kara biarlah ALLAH yg tahu.. Biar aje orang nak mengata kita apa2 pun..

Read more...

Something 2 shared

>> Tuesday

terlalu byk kesukaran dlm hidup ni yg perlu kita tempuhi.. x semua yg kita impikan kita akan dpt.. maknanya kita kena kuat b'usahalah kalau nak dpt apa yg kita impikan tu.. hmm.. makin b'tmbh umo ni makin byk plak pilihan kena buat.. fikirkan family.. diri sendiri lg.. apa2 pon, family first.. kdg2 kita ni cepat lupa diri bila kita berada dalam keadaan senang.. padahal kesenangan tu hanya sementara yg datang dari Allah yg ingin uji tahap keimanan kita.. mampukah kita semua menahan diri kita dari melakukan dosa x kira la dosa kecil @ besar?? hmm.. kdg2 susah gak utk kita m'pertahankan diri kita dari melakukan dosa.. byk sumber yg boleh sbbkan dosa.. ni t'pulang pada diri masing2.. nawaitu kena betul.. memang kita tahu x semua org kat dunia ni perfect.. ada ke org mengaku diri dia betul2 perfect?? mesti x kan.. xtaulah kalau ada.. kalau perfect tu kita boleh lihat dari segi agama, tatasusila, sikap seseorg tu.. byk lg sudut yg kita boleh tgk kat seseorg tu.. yg td tu antaranya aje.. zaman sakarang ni, macam2 perangai org kita boleh tengok.. kita sendiri nilai la.. harap2 kita semua ni dapat kuatkan iman kita.. b'usaha m'hindarkan diri kita dari benda2 yg x elok.. jgn aniaya diri kita sendiri.. coz di akhirat kelak, semua anggota kita ni akan m'jadi saksi di atas semua p'buatan yg kita sendiri buat.. so, sentiasalah kita b'muhasabah diri kita kerana tu adalah antara sebaik2 perkara yg kita sering tinggalkan padahal ia lah yg menguatkan iman, nawaitu kita semua.. insyaAllah..

Read more...

Novel Pilihan

  • Ayat-Ayat Cinta
  • Diatas Sajadah Cinta
  • Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
  • La Tahzan
  • Takbir-Takbir Cinta

About This Blog

wibiya widget

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP