Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Renungan..

>> Thursday

Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.
Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai.

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...

Read more...

Tanda2 Mati..???

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini akan berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketka. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.  
TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini, akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui Asar keesokkan harinya.
TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklahkita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
 

Read more...

Maut..

Maut sudah hampir tiba
Entah bila masa & saatnya
Mungkin saat ini, sekarang, tak lama lagi
Hari ini, pagi ini, petang atau malam
Atau esok atau lusa atau kita sudah hampir lupa
Atau saja nak meremehkan
Sudahkah kita bersiap sedia
Kita pasti akan kembali
Dengan satu amanah yang akan ditanya
Dengan amalan yang akan dibawa
 Bukan harta benda yang bertimbun
Bukan isteri yang cantik anggun
Bukan suami yang jutawan haprak
Bukan anak-anak yang mengejar keduniaan
Bukan itu yang kita bawa..
Hanya iman dan takwa kepada Allah..
Sudahkah kita bersiap sedia..
Solat wajib kadang kala ditinggal-tinggal..
Amalan lain lagilah.. Semakin serabut
Semakin lara.. Penuh liku-liku.. Hampir kusam..
Sampai bila kita nak jadi begini..
Ada orang kata, takpa.. Usiaku masih muda
Aku masih gagah dan kuat, masih sihat..
Aku masih senang dan kaya..
Tunggulah aku tua baru aku beramal sebanyaknya
Tunggulah aku sakit baru aku cuba bertaubat..
Dan mana mungkin aku jadi miskin..
Aku dah kaya.. Semuanya serba mungkin..
Tapi..
Bisakah kita meramal bila maut itu tiba..
Meragut merobek nyawa kita yang semakin papa..
Papa kedana dan daif penuh kecelaruan dosa
Sudahkah kita bersiap-sedia..??????????????

Read more...

Hati Kita Ini Milik Siapa?

>> Friday

Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.
Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.
Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.

Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.

Mungkin tidak selalu kita tanyakan soalan-soalan begini pada diri kita. Dibulan dan saat yang mulia ini, marilah kita tanyakan soalan-soalan tadi pada diri kita supaya kita tahu hati kita ini milik siapa. Tangisan dan tawa kita untuk siapa? Marah dan dendam kita milik siapa?

Marilah kita mencari pemilik hati ini agar disaat kita kembali kepada Allah SWT nanti kita tidak menangis kecewa kerana kita baru tersedar, rupa-rupanya hati yang berada di dalam jiwa kita ini, hati yang selalu kita kisahkan hingga kadang-kadang kita tidak lena tidur dan thilang selera makan serta hati yang kita belai, kita pupuk dan kita sayangi ini sebenarnya bukan milik Allah SWT.

Saya teringatkan kata-kata murabbi saya “ketika kita melihat begitu ramai manusia di Pudu Raya, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang dihati mereka ada Allah.” Mungkin kita boleh ubahsuai soalan ini untuk diri kita; Ketika kita sibuk menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT. Bahkan kalau disemak-semak, mungkin ketika solahpun kita tidak benar-benar ingatkan Allah SWT.

Ada satu penyataannya yang membuatkan saya menangis “Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir untuk solah lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya. Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain.” Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solatpun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan kehidupan kita.
Baru baru ini, ketika diawal Ramadhan saya mengajak pelajar-pelajar saya “Marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak harapkan kita berpuasa sekiranya kita masih lagi berdusta. Marilah kita berkata benar pada diri kita. Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada diri kita. Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram ‘Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci hati dan penuh ketundukan’ tetapi hati sedang tertumpu kepada selain Allah SWT. Allah memandang kearah kita ketika mendengar panggilan kita tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke arah lain. Tidak takutkah kita dengan teguran Allah SWT diawal surah Al Baqarah; “Dan diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa” Bukankah ayat ini menggambarkan golongan Munafiq.? Jadi berapa lama lagi kita nak menipu Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?”

Read more...

Sahabat Sejati

>> Thursday

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
 
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.
 
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
 
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.
 
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:
 
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Read more...

Novel Pilihan

  • Ayat-Ayat Cinta
  • Diatas Sajadah Cinta
  • Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
  • La Tahzan
  • Takbir-Takbir Cinta

About This Blog

wibiya widget

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP