5 Wasiat Dari Allah s.w.t. Kepada Rasulullah s.a.w
>> Sunday
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana
sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah
kepada-Ku.
kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka
itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
pertolongan itu berserta qiamullail.
pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat
kesedaran hatinya.
kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat
kata-kata hikmat darinya.
kata-kata hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu
harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat
khusnul khatimahnya.
khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup
hatinya.
hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah
kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat
akan keredhaan Allah daripadanya."
akan keredhaan Allah daripadanya."
0 comments:
Post a Comment