Secebis Kenangan Itu (>_<)

>> Friday

Kenangan lalu mengusik layar ingatanku kembali
Aku tidak tahu ungkapan apa yang harus aku ungkapkan
Terluka.. Sedih.. Geram.. Marah.. Kecewa.. Terkilan..
Semuanya menjadi satu
Maafkan diriku atas semua yang berlaku
Keadaan dulu membiarkan aku dalam dilema
Mencari dan membuat satu keputusan
 Hatiku dan jiwaku kosong


'Hal' itu benar-benar menyedarkanku
Atau adakah aku mudah terpengaruh??
Tidak!! Aku ikhlas menerima semua itu
Kerana itu yang aku mahukan dalam hidupku
Mencari kasih yang pasti untukku
Tapi adakah mereka akan faham keadaan diriku ketika itu??
Tidak.. Mereka tidak faham
Buktinya mereka membenciku
Salahku kerana tidak memberitahu kenapa ia berlaku
Aku tidak mampu menceritakan keadaan sebenarnya
Adakah mereka akan mengatakan fikiranku kolot?
Sekiranya tahu punca aku meminta perpisahan itu
Dan kerana tidak pandai membuat keputusan

 Ya Allah
Kekuatan apa yang ada pada diriku ketika itu
Sehingga aku tenang menghadapi keadaan itu
Sedangkan dia.... Dan yang lainnya
Maafkan diri ini atas apa yang terjadi
Ku rasa ini jalanku.. Pilihanku
Ku terima semua kata-kata yang menyakitkan itu
Biar mereka semua membuat telahan sendiri
  Kerana mereka berhak
 Aku masih berdiri dan sentiasa menjadi diriku
Terima kasih kepada sahabat yang memahami dan menyokongku
  
Ya Allah
Ku mohon padaMu
Berikan aku kekuatan dan kesabaran
Menjalani hidupku di bumi yang sementara ini
Lindungiku dari segala maksiat dan fitnah dunia
Berkati dan redhailah perjalanan ku ini
Sehingga tiba masaku bertemu denganMu

Read more...

Cinta Si Burung Layang-Layang..

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.
 Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..
 
 Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
 
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..
Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk Nya..
Manusia bagaimana?

Read more...

Luahan Dari Hati (^_^)

>> Monday

Waktu ini..
Ku melihat dan menilai diriku
Adakah aku masih seperti yang dulu
Atau aku telah hanyut dibawa arus ciptaanku sendiri
Aku ingin sekali melangkah
Tapi aku takut langkahku ini....
Adakah kerana aku tidak yakin
Atau adakah aku takut menghadapinya
Jatuh aku, kerana diriku sendiri
Bangun aku, kerana Dia..
Dapatkah aku melangkah sedamainya?
Sedangkan hatiku mudah rapuh
 

Inginku cari damai di hati
Sebuah ketenangan yang tak terungkap
Sebuah tempat persinggahan agung yang penuh kesederhanaan
Agar langkahku maju dan terus maju
Adanya batu kecil dan besar yang menghalang
Ku pasti ada pertolongan dariNya
Kerana ku yakin pada janjiNya
Sebuah kesabaran itu tidak ternilai harganya
Dan kerana itulah juga yang mendorongku
Untuk terus melangkah..


Read more...

Satu Cinta - Star 5 (^_^)

>> Sunday



Read more...

Atas Nama Cinta - UNIC (^_^)

>> Saturday


Read more...

Doa Perpisahan - Brothers

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi

Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku

Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu

Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..


Teman betapa pilunya hatiku

Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku

Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu

Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o... 
 
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers

Read more...

Sahabat - Amar (^_^)

>> Sunday

Buat sahabat2 tersayangku.. Ku hadiahkan lagu ni untuk kamu semua..


Sahabat
Album : Kiasan Naluri
Penyanyi : Amar

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Read more...

Langkah Tercipta - UNIC (^_^)




Read more...

True Friendship (^_^)

>> Tuesday

Hidup ni susah untuk kita duga.. Kadang2 kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu, tapi sebenarnya ia jauh.. Walaupun kita dapat mencapai & menggenggam tangannya, tapi belum tentu hatinya dapat kita selami.. Mungkin kadang2 kita dapat tengok dia ketawa, tapi kita tidak tahu apa di sebalik senyumannya.. Bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya.. Walhal, kehadiran kita langsung tidak disenangi..


Rencah dunia, kita tidak tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai 1 masa nanti kita jatuh.. Adakah tangan itu menghulurkan bantuan @ kita akan ditinggalkan..

Read more...

Kanvas Hati Ini (>_<)

>> Thursday

Saat ku teringat kembali pada waktu itu
Aku merasakan dunia aku begitu sempit
Kenapa mesti ini terjadi Sahabat??
Engkau yang ku kenal baik di hadapanku
Tetapi sebaliknya apabila di belakangku
Kenapa Sahabat??
Air mata yang mengalir ini buktinya
Bukti yang aku amat terkilan dengan sikapmu
Layakkah engkau ku panggil Sahabat
Setelah apa yang kau lakukan padaku
Aku sedar siapa diriku untuk tidak memaafkanmu, Sahabat
Sedangkan Allah mengampunkan dosa2 hamba2Nya
Inikan aku yang hanya insan kerdil
Yang juga melakukan kesalahan
Kemaafan ini sentiasa buatmu Sahabat
Kerana bagiku tiada dendam antara kita
Engkau memberi aku luka ini
Dan biarlah aku ubatinya sendiri
Semoga benteng ketabahanku ini masih kukuh
Sahabat
Terima kasih ku ucapkan atas segalanya



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabah kan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Keserahkan segala pada Mu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai luka telah ku temui
Menagih segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungi lah aku
Bekalkan lah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Read more...

Novel Pilihan

  • Ayat-Ayat Cinta
  • Diatas Sajadah Cinta
  • Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
  • La Tahzan
  • Takbir-Takbir Cinta

About This Blog

wibiya widget

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP