True Friendship (^_^)

>> Tuesday

Hidup ni susah untuk kita duga.. Kadang2 kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu, tapi sebenarnya ia jauh.. Walaupun kita dapat mencapai & menggenggam tangannya, tapi belum tentu hatinya dapat kita selami.. Mungkin kadang2 kita dapat tengok dia ketawa, tapi kita tidak tahu apa di sebalik senyumannya.. Bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya.. Walhal, kehadiran kita langsung tidak disenangi..


Rencah dunia, kita tidak tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai 1 masa nanti kita jatuh.. Adakah tangan itu menghulurkan bantuan @ kita akan ditinggalkan..

Read more...

Kanvas Hati Ini (>_<)

>> Thursday

Saat ku teringat kembali pada waktu itu
Aku merasakan dunia aku begitu sempit
Kenapa mesti ini terjadi Sahabat??
Engkau yang ku kenal baik di hadapanku
Tetapi sebaliknya apabila di belakangku
Kenapa Sahabat??
Air mata yang mengalir ini buktinya
Bukti yang aku amat terkilan dengan sikapmu
Layakkah engkau ku panggil Sahabat
Setelah apa yang kau lakukan padaku
Aku sedar siapa diriku untuk tidak memaafkanmu, Sahabat
Sedangkan Allah mengampunkan dosa2 hamba2Nya
Inikan aku yang hanya insan kerdil
Yang juga melakukan kesalahan
Kemaafan ini sentiasa buatmu Sahabat
Kerana bagiku tiada dendam antara kita
Engkau memberi aku luka ini
Dan biarlah aku ubatinya sendiri
Semoga benteng ketabahanku ini masih kukuh
Sahabat
Terima kasih ku ucapkan atas segalanya



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabah kan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Keserahkan segala pada Mu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai luka telah ku temui
Menagih segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungi lah aku
Bekalkan lah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Read more...

Novel Pilihan

  • Ayat-Ayat Cinta
  • Diatas Sajadah Cinta
  • Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
  • La Tahzan
  • Takbir-Takbir Cinta

About This Blog

wibiya widget

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP