Doa..

>> Tuesday

Read more...

Laut

Laut
Jangan pernah penat untuk mengirimkan ombak ke pantai
Kerna aku selalu ingin meluahkan rasa ku padanya
Supaya ia bisa membawa luahan rasa ku itu pergi dari diriku
Walaupun hanya seketika cuma
Aku sentiasa menanti pasti di tepian pantai
Mengharap ia datang mengambil luahan rasa ku
Dan membawa ia pergi jauh dariku

 
Ombak
Jangan pernah penat untuk singgah di tepian pantai
Kerna hempasanmu di tepian pantai itu
Bisa membuat hatiku tenang dan damai
Kerna mu aku menangis
Kerna mu jua aku ketawa
Meluahkan apa yang terbuku di hatiku
Angkara sikap manusia2 itu




PadaMu Ya Allah
Ku mohon
Berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini
Kuatkan iman ku agar aku mampu bertahan
Terus berdiri yakin di bumi-Mu ini
Sesungguhnya aku mengharapkan keredhaanMu, Ya Allah
Berkatilah perjalanan hidupku di muka bumi ini
Amin

Read more...

Kemuliaan

>> Saturday

Tidak ada sesuatu yang lebih mulia bagi seseorang setelah mengenal Allah daripada dua hal:

1) Mengetahui hal-hal yang dibenci dan dilarang Allah
2) Mengetahui hal-hal yang dicintai Allah

Ketahuilah.. Perbuatan paling utama untuk mendapat redha Allah adalah dengan menjauhi hal-hal yang dibenci-Nya, kemudian melaksanakan hal-hal yang dicintai dan disukai-Nya.. Seseorang hamba mempunyai dua tempat pemberhentian di hadapan Allah SWT..

1) Ketika ia solat di hadapan-Nya..
2) Ketika ia berdiri di hadapan-Nya di hari kiamat..

Barangsiapa menunaikan hak tempat pemberhentian yang pertama maka ia akan diringankan pada tempat pemberhentian kedua.. Dan barangsiapa yang meremehkan tempat pemberhentian ini dan tidak menunaikan haknya, maka Allah akan mempersulitkannya di tempat pemberhentian yang kedua..


Read more...

Ketenangan.. Adakah Ia Milikku??

Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam setiap perlakuan.. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Tuhan.. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti..


Read more...

Muhasabah Harian

>> Sunday

Adakah kita bermuhasabah diri kita setiap hari bermula terbit hingga terbenamnya matahari?? Adakah apa yang kita lakukan setiap hari itu mendatangkan kebaikan atau mungkin ia merugikan diri kita sendiri?? Jadi sama2lah kita bermuhasabah diri kita disetiap masa walau dimana jua kita berada.
  1. Berzikir mengingati Allah.
  2. Sembahyang fardhu lima waktu.
  3. Berselawat kepada Rasulullah.
  4. Bersyukur diatas nikmat Allah.
  5. Berpuasa sunat.
  6. Mengerjakan sembahyang sunat.
  7. Memaafkan kesalahan orang lain.
  8. Sentiasa berfikir dan bertindak ke arah kebaikan.
  9. Mengingati kematian yang pasti datang.
  10. Memberi salam dan senyuman kasih sayang kepada semua manusia.

Read more...

5 Wasiat Dari Allah s.w.t. Kepada Rasulullah s.a.w


Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1.    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana 
       sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2.    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah
       kepada-Ku.
3.    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4.    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka 
       itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5.    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
       pertolongan itu berserta qiamullail. 
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. 

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1.    Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat 
       kesedaran hatinya.
2.    Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat 
       kata-kata hikmat darinya.
3.    Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu 
       harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4.    Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat 
       khusnul khatimahnya.
5.    Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup 
       hatinya.
6.    Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah
       kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7.    Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat
       akan keredhaan Allah daripadanya."

Read more...

Berfikirlah Sebelum Berkata-kata

>> Tuesday


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Sebelum kita menceritakan keburukan org lain,
Ingatlah Kita Sendiri pun ada keburukannya....

Read more...

Buat Sahabat2ku..

>> Saturday

Maaf andai ada ketelanjuran kata2 & ketidakpuasan di hati kerana diri ini.. Maaf juga kerana jarang b'tanya khabar.. Sepi ku bukan b'makna aku lupa pada sahabat2ku.. Yakinlah atas nama p'sahabatan yg t'bina.. Selama aku masih mampu untuk b'nafas, selama itu juga tidak putus doaku buat sahabat2ku.. Thanks 4 being my frenzz.. (^_^)

Read more...

Read more...

Menjadi Diriku - edCoustic

>> Friday

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku
Terimalah aku, seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
Tetap kubangga, atas apa yang kupunya
Setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki

Read more...

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH


Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:
1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Read more...

Bla..Bla..Bla..

>> Thursday

Susahnya nak puaskan hati orang.. Bila nak puaskan hati orang, hati sendiri pulak yg t'guris.. Hmmm.. Susahnya.. Kadang2 memang t'fikir, kenapa kita mesti amik peduli sangat dgn kata2 orang tentang kita.. Kadang2 sensitif gak.. Apa nak buat.. Terima aje la.. Kita manusia biasa yg tak lepas dari dugaan macam ni.. Apa yg penting yg perlu selalu kita ingat : Manusia menilai kita dari luaran m'ikut perspektif mereka sendiri daripada melihat apa yg kita lakukan.. Tp yg paling penting, ALLAH lah yg menilai dalaman kita.. Hati kita.. Niat kita.. Ikhlas kita dalam melakukan sesuatu p'kara biarlah ALLAH yg tahu.. Biar aje orang nak mengata kita apa2 pun..

Read more...

Novel Pilihan

  • Ayat-Ayat Cinta
  • Diatas Sajadah Cinta
  • Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2
  • La Tahzan
  • Takbir-Takbir Cinta

About This Blog

wibiya widget

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP